Di mana doktor wanita di dewan bersalin?

Oleh Dr. Maimuna Mohamed Amin

Seorang suami meroyan doktor bukan muhrim melihat aurat isterinya yang bersalin.

Sejak kebelakangan ini saya perasan ramai kaum Adam tidak berpuas hati dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai status doktor lelaki dibenarkan menceburi bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan doktor wanita tidak cukup di hospital-hospital kerajaan dalam bahagian kepakaran wanita.

Tidakkah anda tidak pelik mengapa tidak ramai wanita di kalangan bidang perubatan memilih O&G sebagai kepakaran mereka? Adakah anda pasti pihak hospital menipu mengatakan bahawa doktor wanita tidak mencukupi di dalam dewan bersalin? Pernahkah anda berjumpa dengan mana-mana doktor wanita dalam bidang kepakaran wanita dan bertanyakan bagaimana harinya berlalu?

Ya benar, memang ramai doktor perempuan sekarang. Tetapi tahukah anda ada berapa banyak jabatan dalam setiap hospital yang memerlukan doktor?

Continue reading